Saturday, 9 November 2013
Sunday, 12 August 2012
maksud peribahasa bagai melukut di tepi gantang
bagai melukut di tepi gantang
Maksud peribahasa ni ialah ‘Sekiranya seseorang itu ada atau pun tidak, ia tidak akan memberi kesan kepada orang-orang di sekelilingnya kerana dia tidak diperlukan.Jika dia ada, mungkin membuatkan orang tidak senang terhadapnya, dan jika dia tidak ada tidak menjadi masalah kepada orang lain.’
Friday, 4 May 2012
Tuesday, 7 February 2012
My Drawing / Lukisan Saya
Tuesday, 31 January 2012
DNA Babi dalam makanan di Tesco & Secret Recipe
Hari ini aku rasa terpanggil untuk menulis mengenai tajuk yang aku jumpai di dalam website halal jakim mengenai penemuan DNA BABI pada produk satu syarikat yang ditarik kembali status halal oleh Jakim. Aku menulis ini, supaya pengguna – pengguna di Malaysia dapat informasi dan maklumat mengenai perkara ini, bagi menyelamatkan umat Islam dari memakan makanan yang dicampuri dengan bahan – bahan yang haram. Perkara ini sangat penting kerana ia akan menjadi darah daging kita yang akan tumbuh menjadi daging di badan. Ini sebenarnya adalah masalah yang serious yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa.
Website Halal Jakim yang anda boleh dapati mengenai perkara ini sila KLIK SINI.
Syarikat yang mengeluarkan bahan – bahan yang mengandungi DNA Babi tersebut boleh dilihat dengan KLIK SINI.

Syarikat Secret Recipe mendapatkan bahan – bahan daripada syarikat ini, antara produk yang digunakan dari syarikat Puratos anda boleh lihatnya di website Halal Jakim dengan klik pada Caption gambar di bawah.

Mungkin ramai yang tidak sedar juga yang produk – produk makanan tesco juga mengambil bahan – bahan daripada syarikat Puratos ini, anda boleh melihatnya di website Halal Jakim dengan KLIK SINI.

Seperti anda dapat lihat produk dari Puratos akan meletakkan perkataan Talento di bahagian hadapan dan nama syarikat yang diambil darinya, contoh dari Tesco
TALENTO SANDWICH TESCO 20/80
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
TALENTO DOUGHNUT TESCO 40/60
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
TALENTO SOFT ROLL TESCO
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
Nama secret recipe pula:
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
Jadi adakah Syarikat Puratos mengeluarkan nama produknya juga menggunakan nama Tesco dan Secret Recipe,pihak Tesco dan Secret Recipe perlu jelaskan dengan jelas mengenai nama produk Puratos ini,ianya mengelirukan.
Aku menulis ini bukan untuk menjatuhkan mana – mana syarikat, tetapi aku ingin sampaikan maklumat ini kepada saudara – saudara Islam di Malaysia, adakah kita sanggup DNA babi masuk ke dalam badan kita ke badan anak – anak kita dan keturunan kita, adalah tanggungjawab kita untuk memberhentikan perkara ini.
Ingatkah kita dengan ayat di dalam Al Quran mengenai ini
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”
(Al Baqarah 168)
(Al Baqarah 168)
Di dalam Hadis Nabi s.a.w ada menyebut beberapa perkara tentang tidak termakbulnya doa sekiranya makanan yang masuk ke dalam badan kita adalah haram,ada dua jenis haram di sini,iaitu makanan itu sendiri haram dan sumber mendapatkan makanan itu dari pekerjaan yang haram,tetapi di dalam topik ini kita berbincang mengenai makan yang bercampur dengan benda yang haram.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah: “Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang digunakan setiap hari.”
Satu lagi hadis yang menyebut mengenai perkara ini:
Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqas yang meminta Baginda bermohon kepada Allah supaya doanya diterima: “Hai Saad, baguskanlah makanan engkau. Nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan permintaannya dan demi diri Muhammad di tangannya sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan (menyuapkan) makanan ke perutnya tiada diterima Allah daripada amalnya 40 hari dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari benda yang haram maka api neraka lebih layak dengannya.”
Jadi, aku telah berkongsi serba sedikit maklumat mengenai perkara ini dan pentingnya menjauhkan diri dari makanan – makanan yang ada bahan – bahan yang diharamkan oleh agama Islam. Terpulanglah pada anda untuk berkongsi perkara ini dengan saudara – saudara yang lain,kepada Secret Recipe dan Tesco, mungkin syarikat – syarikat ini tidak mengetahui pada awalnya produk pembekal mereka mempunyai DNA Babi,kerana pada awalnya Puratos ada status halal yang kemudiannya ditarik kembali oleh Jakim,jadi pihak Secret Recipe dan Tesco hanya perlu menukar kepada pembekal yang lain yang benar – benar halal dan nyatakan secara terbuka di media untuk pengetahuan ramai yang anda tidak menggunakan bahan – bahan tersebut supaya ianya jelas kepada pengguna Islam di Malaysia.
Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai hamba kepada Tuhan,marilah lakukan bersama.
Sumber: Abdullah KAS
Update! 3:35am 26/05/2011
Kenyataan rasmi dari Secret Recipe Malaysia
Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut:

Update! 4:06am 26/05/2011
Kenyataan rasmi dari JAKIM
PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHDMesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :
- Menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
- Mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
- Melakukan proses samak dan
- Mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Update! 4:06am 26/05/2011
Kenyataan rasmi dari Puratos Malaysia Sdn Bhd
MAKLUMAT LANJUT BUKA~http://www.islamituindah.my/dna-babi-dalam-makanan-di-tesco-secret-recipe
Tuesday, 17 January 2012
Badan Sihat Otak Cerdas,Kesihatan Harus Dijaga
Perbualan antara seorang Pelajar dan seorang Ustaz~
Pelajar:Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
( السلام عليكم Ùˆ رØÙ…Ø©
الله و بركاته ) Ustaz.
Ustaz:Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh ( ÙˆَعَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ السَّلاَÙ…ُ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ
اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ).
Pelajar:Ustaz saya ingin bertanya,mengapa kita harus bersukan atau
melakukan riadah?
Ustaz:Kita harus menyihatkan tubuh badan kita supaya kita sihat
dan
cergas.Jadi tidaklah kita lesu saja hendak belajar atau
melakukan sesuatu.Selain itu,kita juga mengikut sunnah Nabi
Muhammad S.A.W.Kita juga dapat melakukan latihan fizikal
faedahnya ialah;(1)meningkatkan fugsi jantung,paru-paru dan
system peredaran darah.(2).mengurangkan kandungan kolestrol
dan glukosa di dalam darah.(3).mengurangkan dan mengawal
berat badan.(4).mengurangkan risiko mendapat penyakit
jantung.(5).mengawal penyakit diabetes dan tekanan darah
tinggi.
Pelajar:Oh,begitu tetapi Ustaz rakan saya beriadah sehingga peluh
keluar dengan banyak tetapi dia langsung tidak mandi selepas
itu,katanya untuk mengeringkan peluh pada badannya supaya
badannya tidak tumbuh bintik-bintik.Tapi saya lihatnya semakin
banyak bintik dan nampak tidak sihat.Betulkah apa yang rakan
saya katakan Ustaz?
Ustaz:Salah apa yang rakan kamu katakan itu kerana kita harus menjaga
kebersihan diri ,jika selepas kita beriadah atau melakukan apa-
apa aktiviti,kita harus mandi sekurang –kurangnya 3 kali sehari
mandi.Dan Kebersihan Itu Separuh Daripada Iman.Sebagai rakan
kamu haruslah menegur rakan kamu supaya menjaga kebersihan
diri.Bagaimana kita hendak solat dengan badan kita yang busuk
dan kotor?
Pelajar:Baiklah Ustaz selepas ini InsyaAllah saya akan menjaga
kebersihan diri dan lebih meningkatkan kegergasan diri saya
dan InsyaAllah saya akan menasihatkan rakan saya itu.
TAMBAHAN``~
Daya Tahan Kardiovaskular
>Daya Tahan Kardiovaskular dapat dibina dengan melakukan latihan
tertentu seperti senamrobik,skipping,serta berlari dan berjalan
pantas.Aktiviti untuk membina daya tahan kardiovaskular melibatkan
jantung,otot-otot di bahagian abdomen (bahagian perut),tangan dan
kaki.Semasa melakukan aktiviti tersebut,otot-otot sentiasa terdedah
kepada risiko kecederaan seperti terkoyak.Oleh itu,aspek keselamatan
perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kecederaan yang mungkin
berlaku.
Bagi mendapat kesan yang baik,aktiviti untuk,membina daya tahan kardiovaskular perlu dilakukan selama 15 hingga 30 minit secara berterusan,sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
UNTUK RUNJUKAN
---
#BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN
KESIHATAN TINGKATAN (1)~JIKA TIDAK ADA CARIILAH KE
PERPUSTAKAAN ATAU LAIN-LAIN TEMPAT YANG MEMPUNYAI
BUKU PELAJARAN.
SEKIAN TERIMA KASIH……….
Sunday, 15 January 2012
Azan Lambang Syiar Islam
AZAN SEBAGAI LAMBANG SYIAR ISLAM
Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.
Azan dari segi bahasa ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Ini dapat dilihat di dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)
Begitu juga firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”
(Surah al-Haj: 27)
Dari segi syara` pula, azan ialah suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
Azan disunatkan ketika hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha’. Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.
Al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma` menyatakan bahawa azan adalah suatu syariat di dalam Islam. Ini adalah kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...”
(Surah al-Ma’idah: 58)
Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadith. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud:
“Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari segi sejarahnya, azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r.a. Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah. Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan.
Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat. Apabila bendera telah berkibar, orang yang melihatnya hendaklah memberitahunya kepada orang ramai. Ada juga yang mencadangkan supaya ditiup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi. Ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Terdapat juga usul supaya dinyalakan api di atas bukit. Orang yang melihat api tersebut hendaklah datang menghadiri solat berjemaah.
Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Nabi s.a.w. Kemudian, Umar bin al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul beliau ini telah diterima oleh Nabi s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
Sementara itu, pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya: “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?”. Abdullah menjawab: “Kami akan memukulnya untuk memberitahu telah masuknya waktu solat kepada orang ramai”. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata: “Mahukah tuan saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu solat?”. Abdullah menjawab: “Itu baik sekali”. Lalu pembawa loceng itu berkata: “Kumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi s.a.w. bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar pula datang kepada Nabi s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.
Di sini jelas menunjukkan bahawa lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua orang sahabat tadi. Sandaran azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:
“Nabi s.a.w. pada malam isra’ telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.
Menurut pendapat jumhur ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:
1. mu’azzin hendaklah tidak menerima upah apabila melaksanakan tugasnya.
2. mu’azzin harus suci daripada hadath kecil, hadath besar dan najis.
3. mu’azzin hendaklah menghadap qiblat ketika mengumandangkan azan.
4. ketika membaca “hayya `ala as-salah”, mu’azzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri.
5. mu’azzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya.
6. suara mu’azzin hendaklah nyaring.
7. mu’azzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan.
8. orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.
9. setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa: “Allahumma rabba hazihi ad-da`wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah wa al-fadhilah wab`athhu maqaman mahmudan allzi wa`adtah” yang bermaksud “wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari).
Selain itu, melakukan azan mempunyai beberapa kelebihan dan mendapat pahala yang besar. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Kalaulah orang ramai mengetahui pahala yang ada dalam azan dan pahala dalam barisan pertama sembahyang, kemudian mereka tidak ada jalan selain membuat undian untuk mendapatnya, nescaya mereka akan masuk undian itu.”
(Riwayat Muttafaq `Alayh)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang. Hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.”
(Riwayat Bukhari)
Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut:
“Tukang azan adalah orang yang paling panjang leher di Hari Akhirat.”
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)
Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih.”
(Surah Fussilat: 33)
`A’isyah berkata: “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan”. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:
“Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imiam-imam dan ampunilah tukang azan”.
(Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,
An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)
Amanah lebih tinggi daripada daman dan keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa. Menurut pendapat ulama’ Hanafi, iqamah dan menjadi imam adalah lebih baik daripada azan kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifahnya menjalankan tugas imam, tetapi mereka tidak menjalankan tugas menjadi tukang azan.
SUMBER RUJUKAN:
· Al-Qur’an Al-Karim dan terjemahannya.
· Al-Fiqh al-Manhaji Kitab Fiqh Mazhab Syafie, Jilid 1, Terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd., Karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji.
· Ensiklopedia Islam, Jilid 1, Cetakan Pertama 2004, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Susunan Drs. H.A. Hafizah Dasuki dll.
· Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jilid 1, Cetakan Pertama 2003, Terbitan Era Visi Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, Susunan Shafie Abdul Rahman dll.
· Fiqh & Perundangan Islam, Jilid 1, Cetakan Ketiga 1997, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Karangan Dr. Wahbah al-Zuhaili, Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain dll.